Khamis, 1 Julai 2010

KHASIAT HERBA




1. BELUNTAS

Ni dia rupanya beluntas tu. Pokok ni biasa tumbuh di kawasan yang berair dan berpaya. Biasa dekat tepi2 sawah banyak terdapat pokok ni.

Bahagian yang digunakan adalah daun dan akar.

Kegunaan:

1. Reumtisme
2. Sakit sistem saraf
3. Merawat kencing manis
4. Memulihkan sistem penghadaman yang lemah
5. Merawat luka dan jatuh terseliuh
6. Merawat penyakit kulit
7. Menghapuskan cacing usus.
8. Daunnya dibuat ulam.
Memang enak dibuat kerabu mentah atau kerabu masak.



2. AKAR KERMAK, DERAS MALAM.

Bahagian yang digunakan ialah seluruh herba.

Kegunaan:

1. Melegakan demam dan toksin,
2. Sakit kerongkong,
3. Radang paru2,
4. Bronchitis dan
5. Masalah buah pinggang



3. PURPLE PERILLA, ATI-ATI.


Bahagian yang digunakan ialah akar, batang, daun, biji benih.

Kegunaan:

1. Merawat influenza dan demam
2. Menghapuskan toksin makanan laut
3. Merawat sakit bengkak
4. Merawat luka berdarah
5. Merawat bronchitis kronik
6. Memulih lenguh kaki.
7. Merawat bisul.

Daun ati-ati dilumatkan terlebih dahulu ~ ditampal di sekeliling tempat yang ditumbuhi bisul.
kemudian dibalut dengan kain dan dibiarkan sehingga kering dan mengeras. Perlu diulang sehingga bisul masak dan pecah sendiri.

8. Melegakan sakit kepala, demam, batuk, lelah dan bengkak
~Untuk mengurangkan kesakitan dan menyembuhkan bengkak ikut langkah seperti merawat bisul
untuk melegakan demam dan sakit kepala, daun yang telah dilumatkan dilekap dan diikat dengan kain pada dahi.

~Bagi sakit batuk dan lelah pula, sekeping daun ati-ati perlu dilayur di atas api dan dicampurkan kapur makan pada permukaan daun.Daun yang masih panas itu ditampal dan dibalut di leher. Perlu diulang beberapa kali

~Untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa. caranya ialah tumbuk beberapa helai daunnya dan dicampur dengan air, kemudian tapis airnya untuk diminum dua kali sehari.

9. Untuk mengecutkan rahim
~Campurkan daun ati-ati, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi direbus hingga mendidih dan diminum airnya .

10. Untuk asma pula(terutamanya pada kanak-kanak)
~ambil beberapa helai daun ati-ati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih. Ramas (upar) daun bersama kapur sirih hingga hancur dan sapu pada dada sebelum tidur. Ia boleh juga direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secawan, campurkan sedikit gula batu dan minum.